SELAMAT DATANG KE NORHANIFAH CONSULTANCY

NORHANIFAH BORHANUDIN , PERUNDING TAKAFUL ANDA

KENAPA PERLINDUNGAN PENDAPATAN PENTING ?

Perlindungan pendapatan adalah penting kepada sesebuah keluarga untuk mereka meneruskan kehidupan. Kebanyakan keluarga hilang punca pendapatan setelah kematian ketua keluarga. Jadi, sediakan 10 tahun pendapatan anda untuk keluarga agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa terbeban dengan pelbagai hutang.

APA ITU TAKAFUL ?

Takaful ialah satu pelan insurans yang memiliki ciri patuh Shariah. Ini bermaksud di bawah Takaful, terdapat banyak produk patuh Shariah yang lain seperti Takaful perubatan, Takaful kenderaan, dan banyak lagi. Istilah Takaful juga merujuk kepada konsep insurans Islamik yang berasaskan kerjasama bersama, dimana segala risiko dan dana dikongsi bersama. Bantuan kewangan juga disediakan dibawah Takaful yang dikenali sebagai Tabarru’ (sedekah) dengan dana yang disumbang oleh individu dibawah perlindungan Takaful.

Syarikat Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984. Persatuan Takaful Malaysia (Malaysian Takaful Association MTA) ialah badan yang bertanggungjawab untuk menjadi rujukan untuk semua perkara berkaitan Takaful di Malaysia. Selain itu, industri Takaful di Malaysia turut dikawal selia oleh Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

 

Ciri-ciri Takaful:

  • Perkongsian risiko – risiko tidak hanya ditanggung oleh syarikat insurans sepertimana insurans konvensional, tetapi turut ditanggung oleh semua pihak dibawah Takaful tersebut.
  • Polisi ‘no claim cashback’ – jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh perlindungan tersebut, anda akan terima rebat tunai dari syarikat Takaful anda. Jumlah rebat tersebut ditentukan oleh syarikat Takaful dan tiada jumlah tetap.
  • Patuh Shariah – perlu mematuhi undang-undang Shariah dan tidak terlibat dalam sebarang transaksi haram.

PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS

KONSEP TAKAFUL

Takaful adalah satu tabung dimana ia mengumpul semua wang yang disumbangkan (didermakan) oleh pemegang polisi. Duit sumbangan/derma yang dikumpul kemudiannya dilaburkan pula kepada amanah saham yang PATUH SYARIAH (sebab itu ia takaful bukan insurans).

Hasil jumlah sumbangan wang yang dikumpul selepas dilaburkan itulah digunakan untuk membayar:

  1. Bil rawatan hospital
  2. Pampasan akibat sakit kritikal
  3. Pampasan akibat hilang upaya / cacat kekal
  4. Pampasan kematian kepada penama / waris
  5. Lain-lain pampasan yang dipersetujui bersama.

MANFAAT TAKAFUL

Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan.

Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri.

Kedua “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan social melalui kaedah Tabarru’.

Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

Produk

Pelan Takaful

Pelan Kad Perubatan

Anda mencari pelan kad perubatan untuk anda dan ahli keluarga?






Pelan Penggantian Pendapatan

Anda mencari pelan yang mampu melindungi anda sekiranya anda sudah tidak mampu bekerja?




Pelan Perlindungan Pendapatan

Anda mencari pelan takaful yang lengkap? Pelan lengkap 4 dalam 1 ini adalah penyelesaiannya. (Pelan merangkumi Medical Card, Penyakit Kritikal, Hilang Upaya Menyeluruh Kekal dan Hibah)

Pelan Hibah Berganda

Anda mencari pelan pampasan kematian (Hibah) mampu milik ?






PERKHIDMATAN

RUNDINGAN

Dapatkan rundingan secara percuma. Perunding akan menerangkan manfaat yang anda dapat dalam setiap pelan.

SEBUTHARGA

Dapatkan sebutharga secara percuma. Sebutharga akan diberi setelah pelanggan memberi maklumat yang berkaitan.

SOKONGAN

Sekiranya anda menjadi salah seorang daripada pelanggan saya, bantuan sokongan akan diberikan kepada pelanggan yang dihormati.

HUBUNGI SAYA

Dapatkan Quotation Percuma

“Dapatkan Pelan Takaful Untuk Yang Tersayang”