Gambar hanya sebagai contoh rujukan sahaja

Kalau di tanya, kenapa kita perlukan wang? Sebab wang adalah segala-galanya. Betul ke betul? 

Ya, memang betul. Wang adalah segala-galanya. Nak beli barang di supermarket, guna wang. Nak beli emas, perlukan wang. Nak isi minyak pun gunakan wang. 

Jadi, perlu ke kita hidup untuk wang? Bekerja siang malam untuk dapatkan wang. Tak ada wang tak boleh hidup. Eh! Tak kan sampai macam tu sekali. 

Tidak. Wang bukan oksigen. Tanpa wang, kita masih boleh hidup normal seperti biasa. 

Walaubagaimanapun, kita masih memerlukan wang untuk teruskan hidup. Boleh faham?

Jadi, di sini saya nak kongsi sedikit

FAKTA TENTANG WANG:

1. Wang itu hanya satu ilusi yang mempunyai nilai 

2. Wang tiada emosi, jangan beremosi dengan wang. 

3. Wang boleh ditukar nilai dan dibentuk dalam pelbagai nilai. 

4. Nilai wang boleh susut disebabkan faktor ekonomi dan inflasi. 

5. Wang boleh bertukar tangan atau dipindah milik. 

6. Wang boleh dipinjamkan. 

7. Wang tidak boleh menjana atau mengganti masa tetapi masa boleh digunakan untuk menjana wang. 

8. Wang boleh membeli dan dibeli. 

9. Wang boleh digunakan untuk menjana lebih banyak wang. 

10. Wang boleh digunakan sebagai alat gadaian atau gantian kepada sesuatu perkhidmatan. 

Akhir kata, walaupun kita ada wang yang banyak tapi kita tidak pandai menguruskan wang tersebut, ianya tidak bermakna. Wang akan habis seperti air yang mengalir deras. Jadi, apa yang kita perlu buat? Apabila dapat sahaja duit gaji uruskan sebaik mungkin. Bayar yang mana perlu dahulu. Ambil sedikit sebagai back up simpanan dan juga untuk perlindungan. Okay ke okay? 

Semoga bermanfaat .