Afham & Eo Digize

Hai Assalamualaikum dan Selamat Petang.

Hari ini saya nak share pengalaman menggunakan Essential Oil Digize.

Lately, Afham asyik la kalau nak membuang tu bukan main payah. Mana tak nya, kita suruh makan tak mahu. Makan tu makan tapi makan benda ringan-ringan macam biskut, roti, keropok.

Bila di suruh makan nasi, ada masa makan tapi tu la sekali sehari je. Geram juga kadang-kadang. Bila dah start sakit perut dan susah nak membuang mula la tak tentu arah jadi nya.

Lagi-lagi dah tak pakai pampers, bila time dia nak membuang tu kena jaga-jaga la. Dulu boleh la nak membuang dalam pampers. Ni kena membuang dalam tandas. Nak kena tunggu betul-betul rasa nak membuang baru ke tandas.

Mujur lah ibu ingat ada EO Digize. Sama lah kes macam ibu sakit perut memalam buta sampai nak tidur pun tak boleh. Ambil EO Digize sapu kat perut baru lega. Alhamdulillah, kurang rasa sakit perut masa tu.

Sekarang ni Afham dah pandai dah, bila dia rasa sakit perut terus datang kat ibu cakap ,

“ibu bubuh minyak warna merah, Afham sakit perut”.

Kadang-kadang tu dia pergi ambil sendiri EO Digize tu. Sebab ibu beritahu, kalau sakit perut cari minyak warna merah yang bermula dengan huruf D Digize. Lagipun Frankincense pun botol dia warna merah. 😅

Bila dah sapu tu, Afham siap cakap.

“Haa baru la tak sakit perutnya”.

Terus berlari. Bukan main ya dia.

Untuk Afham, ibu bubuh setitis dua titis je. Takut terlampau panas.

Sekarang EO Digize tu dah jadi minyak sakit perut dia pulak.

Alhamdulillah banyak manfaat EO yang ada dalam premium starter kit tu. So far dah restok Peppermint, Lavender dengan Lemon. Yang peppermint tu memang berbaloi ambil 15ml punya sebab kerap sangat sakit kepala dan pening kepala. Dulu guna minyak balm hijau dan minyak cap kapak. Memang tak boleh berpisah dengan minyak angin tu dari zaman sekolah menengah.

Siapa yang ada masalah kerap sakit kepala atau pening kepala boleh ikhtiar dengan EO Peppermint. Tapi kalau masih tak okay juga , boleh terus refer ke doktor ya.

#yleo

#preciousoilers

#distributoryoungliving

#ejentakaful

#misi1keluarga1pelanhibah