FENOMENA HALO MATAHARI

Fenomena Halo Matahari

Hari ini kita semua digemparkan dengan satu fenomena Halo Matahari yang berlaku sekitar jam 12.50 tengahari di mana ia menampakkan bayangan seakan pelangi yang mengelilingi matahari. Bayangan itu berbentuk seperti gegelung cincin.

Saya juga tidak terlepas daripada melihat fenomena Halo ini. Sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat menakjubkan. Apa yang mampu saya katakan pada ketika itu adalah puji-pujian kepada Allah. MasyaAllah sungguh cantik.

Kejadian itu dapat dilihat disekitar negeri di semenanjung Malaysia. Fenomena Halo ini dapat dilihat apabila selaput awan menjadi nipis atau juga dikenali sebagai awan cirrucumulus.

Apa yang dimaksudkan dengan Halo Matahari ialah Matahari yang yang dilingkari oleh gegelung cincin cahaya. Rupanya fenomena ini juga boleh terjadi di sekitar bulan ataupun lampu penerangan jalan dan kadang-kadang di permukaan Bumi.

Jadi, apakah penyebab fenomena ini berlaku?

Penyebab Fenomena ini berlaku adalah disebabkan cahaya matahari melalui hablur ais berbentuk hexagon yang terdapat pada awan sirus yang berada di sekitar ketinggian 5-10 km di atas lapisan troposfer.

Apabila cahaya matahari melalui hablur ais tersebut, maka cahaya akan terbias pada suatu sudut dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi matahari.

Dan terhasil lah Fenomena Halo Matahari yang cantik dan menakjubkan ini !