Pengurusan kewangan adalah sesuatu perkara yang penting dalam kehidupan kita. Tanpa perancangan kewangan yang betul, kita mungkin akan mudah untuk kehilangan duit yang kita sudah kumpul. Jadi, mengapa pentingnya pengurusan kewangan ini?

Sebelum saya mengulas lanjut, anda perlu memahami apa itu perancangan kewangan terlebih dahulu. Anda boleh baca di sini.

Setiap individu mempunyai tempoh fasa kehidupan yang berbeza, di mana setiap fasa kehidupan mempunyai kepentingan, tanggungjawab dan kehendak kewangan. Peluang dan cabaran juga adalah berbeza untuk setiap peringkat. Kehendak akan berubah apabila kehidupan kita berubah. Jadi, pengurusan kewangan ini bertindak sebagai persediaan bekalan diri untuk menghadapi apa sahaja peluang dan cabaran yang bakal dihadapi nanti.

FUNGSI PERANCANGAN KEWANGAN

Bagi melengkapkan proses perancangan kewangan ini anda perlu membuat semakan dan penilaian secara berterusan agar dapat mengawal kedudukan kewangan anda. Perancangan kewangan yang tepat mampu memastikan matlamat yang anda inginkan dapat dicapai.

Pengurusan kewangan yang baik adalah:

  1. Menguruskan perbelanjaan yang lain
    • Anda perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua kebarangkalian untuk berbelanja ketika kecemasan seperti sakit atau kereta rosak.
  2. Mencapai matlamat
    • Anda perlu membuat satu strategi pengurusan kewangan yang terancang bagi membiayai keperluan kewangan seperti perbelanjaan anak di universiti dan melancong.
  3. Mengekalkan hubungan yang baik dan tidak membuat pinjaman
    • Anda perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja kerana anda tidak perlu untuk meminjam wang dari pihak bank.
  4. Bebas daripada masalah kewangan
    • Oleh kerana anda sudah merancang aliran kewangan, jadi anda dapat menjangka perbelanjaan yang bakal dihadapi serta mencapai matlamat hidup.
  5. Mengambil berat tentang orang yang tersayang
    • Kini, anda berkemampuan untuk mengurus dan merancang perbelanjaan kehidupan sendiri dan orang yang anda sayang.

 

Kesimpulannya ialah kita hendaklah membuat perancangan kewangan untuk persediaan jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan wang secara tiba-tiba kerana pelan yang dirancang dengan betul pastinya dapat mengurangkan beban yang perlu ditanggung kelak. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Iaitu bersedialah sebelum musibah menimpa diri.