Mengenai Kami

Norhanifah Consultancy / Mengenai Kami

NORHANIFAH BORHANUDIN

Perunding Takaful

MENGENAI SAYA

Perunding Takaful Berpengalaman

Perunding Takaful anda Norhanifah Binti Borhanudin telah berjaya membantu ramai orang memenuhi keperluan perlindungan takaful mereka. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana muda dalam bidang Kewangan Islam dan pernah berkhidmat sebagai cikgu sebelum menceburi bidang ini. Beliau kini merupakan perancang hayat Takaful Ikhlas sepenuh masa dan sering memperoleh banyak pencapaian cemerlang sepanjang karier beliau di dalam bidang kewangan dan takaful. Pengalaman dan kredibiliti beliau dalam menyelesaikan masalah sukar dan rumit tidak dapat disangkal lagi.

Beliau juga merupakan salah seorang perancang hayat Takaful Ikhlas di bawah kelolaan Buss Consulting Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur dan Jakarta. Namun, beliau percaya bahawa tempat bukanlah penghalang beliau untuk membantu individu lain di serata Malaysia kerana kini semuanya dihujung jari. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

TENTANG SAYA

Saya dilahirkan pada tahun 1994 di Muar, Johor. Kini menetap di Melaka. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Bermulanya saya di bidang Takaful sebagai Separuh Masa dibawah Takaful Ikhlas kerana saya bekerja sebagai guru. Oleh kerana minat dan pentingnya Takaful kepada saya dan orang ramai, saya mula membuat keputusan untuk berhenti menjadi guru dan memberi komitmen sepenuh masa di dalam bidang Takaful .

Saya mahu memberi kesedaran dan manfaat yang ada dalam Takaful kepada orang ramai agar celik hati dan tidak memandang ringan terhadap Takaful. Ini kerana ianya untuk kebahagiaan dan kemudahan ketika berlakunya musibah. Marilah anda bertakaful untuk tersayang.

Disamping itu juga, saya terlibat dalam bidang simpanan emas melalui platform Quantum Metal, platform ini memberikan saya peluang untuk membeli emas dengan kuantiti yang sedikit dengan menggunakan wang lebihan. Ianya juga dapat menggandakan nilai emas apabila apabila harga emas meningkat naik dan kita dapat tebus semula dengan keuntungan yang kita mahu. Saya amatlah menggalakkan anda jika ada lebihan wang boleh cuba mulakan menyimpan emas dibawah platform Quantum Metal.

Saya juga terlibat di dalam bidang Rekabentuk Grafik dan Percetakan sebagai pendapatan sampingan dibawah perniagaan saya sendiri iaitu Waraqa Studio. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat rundingan Rekabentuk Grafik dan Percetakan boleh hubungi saya untuk dapatkan sebutharga mengikut permintaan anda.

Di samping itu, saya di bawah perniagaan Waraqa Studio yang saya jalankan juga terlibat dalam bidang bidang jenama pakaian x_malabys yang dilancarkan pada awal tahun 2021. Boleh lawati dan juga beli di platform website saya atau lawati media sosial instagram @x_malabys2021 untuk menjamu design terkini.

PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam Dengan Kepujian

MAAHAD JOHOR, JOHOR BHARU

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

SEK. MEN. ARAB AL-ASYRAF, PULAU SEBANG, MELAKA

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PENGALAMAN

PERUNDING TAKAFUL

Perunding Takaful Sepenuh Masa – Takaful Ikhlas – Kod Ejen (TIB1003478).

GURU KAFA

Guru Bahasa Arab – Mengajar Pelajar Tahun 3 dan 5 – Membuat Rancangan Pengajaran Harian

PELAJAR PRAKTIKAL

Praktikal Selama 3 Bulan –  Bahagian Audit Dan Perakaunan –  Membuat Kerja Pemfailan – Buka Resit – Semak Baucar

KEMAHIRAN

Microsoft Word 100%
Microsoft PowerPoint 100%
Microsoft Excel 80%
Wondershare Filmora 70%
Photoshop 50%
WordPress 50%

HUBUNGI

BUSS CONSULTING SDN. BHD

TAKAFUL IKHLAS

MOHD ALI MANAGEMENT