RESEPI NASI LEMAK WANGI

 

Gambar sekadar ilustrasi

RESEPI NASI LEMAK SEDAP & WANGI

BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN NASI:

3 Cawan Beras

5 Biji Bawang Merah Kecil (dihiris)

1 Inci Halia (dihiris)

3 Helai Daun Pandan

1 Kotak Santan (Kecil)

Air ikut kuantiti cawan beras

Garam setengah sudu kecil

CARA PENYEDIAAN NASI:

    1. Basuh beras sehingga bersih. Kemudian toskan air.
    2. Masukkan bawang dan halia yang sudah dihiris.
    3. Kemudian masukkan 1 kotak santan yang kecil.
    4. Masukkan air ikut kuantiti cawan beras. (contoh 3 beras cawan: 5 cawan air)
    5. Masukkan setengah sudu kecil garam
    6. Biarkan nasi masak. Kacau nasi sesekali untuk meratakan santan.

 


 

BAHAN-BAHAN SAMBAL NASI LEMAK:

8 bawang merah kecil (dikisar)

4 ulas bawang putih (dikisar)

2 bawang besar (dihiris)

5 sdb cili kisar

1 blok gula merah

3 sdb gula pasir

1 1/2 sdk garam

1 cawan air

1 kiub pati ikan bilis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang sudah dikisar.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula merah, gula pasir, garam dan juga kiub pati ikan bilis.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air. Biarkan ianya mendidih.
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris. Masak sehingga bawang layu.
  7. Boleh lah angkat dan dihidangkan

Selamat mencuba !