Siapakah Golongan Yang Memerlukan Pengurusan Kewangan

Siapa sangka yang kita semua perlu urus kewangan dengan baik. Hal ini kerana kita perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menjalani kehidupan seharian. Kita perlu tahu ke mana duit itu ke luar dan dari mana duit itu masuk. Semua itu perlu dicatat agar pengursan kewangan kita menjadi teratur dan kita tidak sewenang-wenangnya berbelanja secara berlebihan. Namun, siapakah golongan yang memerlukan pengurusan kewangan ini?


A) PELAJAR

Sebagai seorang pelajar amat penting untuk mempelajari ilmu pengurusan kewangan. Hal ini kerana mempelajari sistem pengurusan kewangan yang sistematik sedari awal dapat membantu pelajar cara bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan sebaiknya. Pelajar yang dimaskdukan di sini ialah kalangan pelajar sekolah menengah, pelajar IPTA dan IPTS. Sekiranya pengurusan wang tidak diterapkan sedari awal mungkin pelajar akan mengalami kesempitan wang terutamanya bagi mereka yang bergantung harap dengan pinjaman wang PTPTN.


B) PEKERJA

Sebagai seorang pekerja juga harus mengetahui dan mempelajari cara pengurusan kewangan yang betul. Hal ini kerana apabila seseorang itu sudah meningkat dewasa dan semakin banyak tanggungjaawab yang perlu dipikul. Mereka juga sudah patut mula untuk menyimpan wang untuk diri sendiri, keluarga dan sebagainya. Jadi, pengurusan kewangan yang betul juga perlu dilaksanakan agar mereka tidak mengalami masalah kewangan seperti kehabisan wang pada pertengahan bulan dan tiada sebarang wang simpanan.

Bagi golongan yang bekerja sendiri juga perlu mengurus kewangan mereka dengan bijak agar mereka tidak mengalami masalah kewangan disebabkan kesilapan yang mereka lakukan. Jadi, mereka perlu berhati-hati dalam membelanjakan wang tersebut agar tidak terikat dengan hutang yang banyak sekaligus membuatkan mereka menjadi muflis.


C) SURI RUMAH

Sebagai suri rumah pula, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa menjadi seorang suri rumah tidak perlukan pengurusan kewangan. Untuk pengtahuan, suri rumah lah yang amat memerlukan pengurusan dan perancangan kewangan yang betul. Hal ini kerana suri rumah perlu menguruskan pelbagai aspek dalam kehidupan seisi keluarga. Sebagai contoh, perbelanjaan keperluan harian untuk seisi keluarga, berapa jumlah bajet yang diperlukan untuk mereka membelanjakan beli barang-barang basah dan sebagainya. Suri rumah juga perlu tahu keadaan semasa seperti keadaan ekonomi, harga barangan di pasaran, di mana kedai yang boleh menjimatkan pembelian dan sebagainya.


D) PESARA

Akhir sekali ialah pesara. Sebagai seorang pesara, mereka juga tidak terlepas daripada orang yang memerlukan pengurusan kewangan. Hal ini kerana golongan ini juga akan kehabisan wang pencen dalam masa yang singkat walaupun golongan ini dikatakan mampu membuat pengurusan yang sistematik. Oleh yang demikian, golongan ini perlukan pendedahan yang betul dalam pengurusan kewangan.

Kesimpulannya, tidak kira siapa anda, anda tetap memerlukan teknik pengurusan kewangan yang betul bagi menjamin kewangan anda berada dalam keadaan yang stabil pada setiap masa.