Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese ialah salah satu masakan tradisional dari Italy. Ianya berasal daripada bandar di Italy, iaitu Bologna. Spaghetti bolognese ialah pasta yang dimakan dengan sos daging. Makanan ini sangat disukai ramai kerana masam daripada tomato yang ada dalam sos daging terasa sangat enak dan lazat sehingga menusuk di lidah ketika mengunyah.

Sebelum ini, permulaan membuat sos bolognese hanya dibuat daripada daging tanpa tomato. Disebabkan ramai yang membuat sos bolognese menggunakan daging dan tomato, maka ramai yang membuat sos tamato beserta daging kerana ia lebih disukai ramai. Biasanya orang akan menambahkan sos tomato supaya rasa masamnya semakin rasa sedap di lidah. Tetapi jika anda tidak suka rasa masam yang lebih, maka anda tidak perlu tambah sos tomato atas selera masing-masing ketika menyediakan spaghetti bolognese.

Disarankan untuk mencuba memasak spaghetti bolognese ini kerana penyediaannya sangat lah mudah. Jika anda mencari resepi spaghetti bolognese ini, anda boleh mengikuti resepi yang saya sediakan ini.

Gambar Hanya Illustrasi

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-Bahan:

1 paket pasta

½ biji bawang holland

½ packet isi daging hancur

1 batang lobak merah

1 botol sos pasta mushroom (adabi)

1 botol sos pasta asli (adabi)

3-4 sb sos cili

1 packet sosej (dihiris)

1 tin cendawan butang (dihiris)

Sedikit cili padi (dihiris)

Sedikit blackpepper

Sedikit air (ikut pekat kuah yang kita nak)

Sedikit garam (pilihan ikut selera masing-masing)

Cara-Cara Penyediaan:

1. Rebus pasta dengan air yang mendidih. Tambah sedikit minyak untuk mengelakkan pasta melekat. Rebus selama 15 minit. Kemudian tos kan pasta.

2. Panaskan minyak, tumiskan bawang holland yang telah dicincang.

3. Masuk daging hancur dan tunggu sehingga empuk.

4. Masukkan lobak merah dan cendawan butang. Tunggu sehingga lobak merah empuk.

5. Masukkan sos pasta, sos cili, dan sedikit air.

6. Masukkan sosej, cili padi dan blackpapper. Tunggu sehingga sos menggelegak. Tutup api dan hidangkan bersama pasta.

Selamat mencuba dan menikmati masakan anda.